Thursday, 9 June 2011

kaseh sahabat..

teman tersayang..
aku ingin kita seperti Abu Bakar S-Sidiq
persahabatan terjalin kerana Al-Khaliq
harta di korban bukan sedikit
cintakan kebenaran sanggup bersakit
serta tawakal Ibrahim yang mulia
ketika meninggalkan insan tercinta
di bumi tandus tanpa bicara
meyakini Allah sebagai penjaga
aku impikan antara kita seorang Umar
berdiri tatkala tunduknya manusia
bersuara tatkala diamnya mereka
menggerunkan musuh durjana
serta senyuman Syed Al-Qutb
ketika berdepan tali maut
aqidah mantap tidak teregut
roh dakwahnya tidak surut
aku ingin pusara kita harum mewangi
bagai harumnya pusara Masyitah,semerbak kasturi
aku ingin persahabatan indah ini 
bisa menjadi syafaat di mahkamah mahsyar nanti..

video
salam perjuangan buat yang KASEHkan SAHABATnya....

2 comments:

  1. mesti tuan punya blog ni asal dari yan kan

    ReplyDelete
  2. agak2 lebih kurang la..tp bukan Yan Kedah la na..

    ReplyDelete