Wednesday 30 November 2011

Keagungan Allah...

Setenang waktu dhuha, sedamai ciptaan Sang Pencipta, Humaira terus menghayunkan langkah meneruskan perjuangan dan tanggungjawab membantu menyelamatkan insan-insan yang di sayangi. Namun..segersang gurun sahara, sebeku ais di lautan artantik, sedingin itu jugalah hati Humaira beku memikirkan dirinya... mampukah diriku membantu insan lain???

TIDAKKKK!!!!!!!!!!!! hanya padaMU TUHAN tempatku bermohon..diri ini hanyalah asbab dan jalan buat insan-insan yang ku cintai mencintaiMU..namun DIRIMU jualah yang memegang hati-hati mereka..
YA RABB!!! bimbinglah hambaMU meneju redhaMU.ampunilah hambaMU.lindungilah hambaMU dari segala fitnah dunia..

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik,berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat pertunjuk" An-Nahl:125

Maha Suci Allah Tuhan yang MAHA AGUNG.... sesungguhnya Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat di jalan-NYA...nauzubillah..moga kita di dalam redha-NYA..teruskanlah langkahmu wahai Humaira bersama insan yang menginginkan kebenaran.usah di nilai hasil kerjamu,namun berusalah untuk melakukan yang lebih baik.sesungguhnya Allah jualah yang lebih layak untuk menilai semuanya..

Jangan berundur di saat yang lain mundur,
Jangan jatuh di saat yang lain runtuh,
Jangan tersungkur di saat yang lain akur,
Jangan takut,sesungguhnya Allah bersama-samaMU..

Saturday 30 July 2011

PELANCARAN KHATAN NUSANTARA – PROGRAM MERENTASI SEMPADAN PASSPORT DAN VISA PAPISMA.


PELANCARAN KHATAN NUSANTARA – PROGRAM MERENTASI SEMPADAN PASSPORT DAN VISA PAPISMA.
 
Asm Wbt
Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad Rasul junjungan, ahli-ahli baginda dan  para-para sahabat semuanya. 
 
Saudara-saudariku sekalian,
 
Untuk sekian lama kita dipisahkan dengan passport dan visa, kita dipisahkan dengan bahasa dan bangsa, kita dipisahkan dengan warna kulit dan rupa paras, kita dipisahkan dengan titik-titik garisan pada peta dunia.. Sedangkan Nabi Allah Muhammad menyatukan kita sekaliannya daripada seluruh pelusuk bumi dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH dan MUHAMMAD RASULULLAH.

Ketika anak-anak kita melangkah riang ke sekolah, ada kanak-kanak lain yang melangkah lemah dan dhaif. Ketika anak-anak kita gembira menghabiskan masa bermain komputer dan internet, ada kanak-kanak lain terpaksa menghabiskan masa membantu ayah dan ibu mencari sesuap pagi dan sesuap petang.
Demikian jugalah salah satu tuntutan agama kita, iaitu mengkhatankan anak laki-laki. Ketika mana anak-anak kita mengharungi proses khatan ini dengan teknik moden dan pembiusan yang menghilangkan rasa sakit, ada kanak-kanak yang masih  terpaksa mengharunginya dengan kaedah tradisional puluhan tahun dahulu. Kaedah yang menyakitkan dan berisiko pula untuk mendapat pendarahan dan jangkitan kuman.
 
Di dalam sempadan Negara kita Malaysia, sejak tahun 1998 lagi sukarelawan-sukarelawan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), tanpa jemu dan penat meredah kampong dan desa yang terpencil, bahkan ke tempat penempatan Orang Asli setiap tahun, demi membantu menunaikan amalan sunnah yang dikira wajib oleh hampir semua mazhab dalam agama Islam.
Kita khatankan seorang anak lelaki, maka kesannya seumur hidup. Wudhuknya, taharahnya, solatnya, hajinya, bahkan jimaknya dengan isteri menjadi amalan sunnah yang lebih sempurna. Logiknya jikalau kita bantu khatankan seorang anak lelaki maka pahalanya insya allah berpanjangan.
 
 
Sejak tiga empat tahun yang lepas, sukarelawan-sukarelawan PAPISMA dengan kerjasama NGO-NGO lain telah mula merentasi sempadan-sempadan rekaan manusia untuk membantu kanak-kanak saudara-saudara Islam kita yang dhaif menjalani ibadah berkhatan ini dengan kaedah yang lebih moden dan selamat. Sukarelawan-sukarelawan kita pergi ke bumi Kemboja yang satu ketika pernah di nodai oleh regim Polpot, membunuh ratusan ribu rakyat Kemboja termasuk puluhan ribu umat Islam. Pengalaman saya sendiri menyaksikan masih terdapat beberapa orang dewasa yang berusia 20 ke 30an yang masih belum berkhatan sama ada kerana tidak mampu atau kerana baru memeluk Islam dan pasukan kami turut membantu mengkhatankan mereka.
Pada mulanya misi sukarela ini dibuat secara agak senyap kerana tidak mahukan populariti. Namun akhirnya kami menyedari bahawa semakin ramai manusia yang kita ajak untuk melakukan perkara kebajikan atau amal maaruf ini, maka semakin besarlah ganjaran yang Allah akan berikan. Oleh sebab  itulah, sejak akhir tahun lepas kami mula memikirkan bagaimana untuk mengajak orang ramai turut beramal soleh membantu proses mengkhatan anak-anak Islam yang dhaif dari segi ekonomi ini.
 
Dari niat yang murni itu, maka lahirlah Pojek Khatan Nusantara. Tidak semua orang mampu mengkhatankan kanak-kanak kerana tidak semua orang mempunyai kemahiran itu. Tetapi ada banyak orang yang mampu dari segi kewangan untuk membantu mengeluarkan modal mengkhatankan kanak-kanak yang dhaif sumber kewangan itu. Oleh kerana PAPISMA mengumpulkan tenaga-tenaga kesihatan, maka kami mempunyai tenaga-tenaga sukarelawan untuk mengkhatankan kanak-kanak di rantau Nusantara yang dhaif kewangannya. Menyedari betapa perlunya kami melibatkan orang ramai ke arah usaha amal makruf ini maka kami membuka peluang kepada orang ramai untuk memberikan sumbangan kewangan.
 
PROGRAM KHATAN NUSANTARA YANG TERBARU INSYAALLAH AKAN DIADAKAN DI BUMI ACHEH, DI RUMAH ANAK YATIM YANG DITIMPA UJIAN TSUNAMI PADA TAHUN 2004 YANG LALU. INSYAALLAH, SUKARELAWAN KAMI AKAN KE SANA PADA BULAN OKTOBER 2011 NANTI.
 Insyaallah juga, program Khatan Nusantara ini akan diadakan setiap tahun bagi menjelajahi negeri-negeri di Nusantara seperti Mindanao, Riau, Sabah, Sarawak, Kemboja, Vietnam, Thailand, Burma dan lain-lain bagi menyatakan bahawa kita umat Islam adalah umat yang satu, yang disatukan oleh dua kalimah yang begitu tinggi nilainya.
 
Oleh itu saya mengambil peluang sempena Ramadhan yang bakal tiba ini untuk menyeru kepada seluruh umat agar turut membantu melaksanakan amalan sunnah ini. Sumbangan Tuan boleh diberikan melalui akaun MayBank Papisma bernombor 5530 1010 8828 . Bagi mendapatkan sijil penuh yang diisi dengan nama kanak-kanak (insya allah, gambar dan cap jari juga kami cuba usahakan!) maka sumbangan penuh sebanyak RM100 diperlukan. Wang sumbangan akan digunakan bagi membeli peralatan dan ubatan berkhatan, membantu menaja pemergian adik-adik pelajar perubatan yang menjadi pembantu prosedur di samping sedikit saguhati kepada para sukarelawan. Sekiranya ada wang lebih akan disumbang pula kepada institusi Islam di sana .
 
Sebarang maklumat lanjut yang diinginkan oleh penyumbang seperti sijil atau pemakluman sumbangan di harap dapatlah para penyumbang sekalian menghubungi
1.      Penyelaras dan Pengarah Program ini saudara MOHD FADLIYAZID,  Hp: 0199859251 email: mafiya81@yahoo.com  atau
2.      Timbalan Penyelaras dan Timbalan Pengarah Program ini iaitu saudara NIK AZRIZIE,  Hp: 0129524247 email: bestfikrah@yahoo.com .
 Besarlah harapan saya agar sesiapa sahaja yang membaca atau melihat poster dan tulisan ini sudilah menyebarkannya seluas mungkin menggunakan segala medium yang ada seperti email, facebook, blog, website atau pun mencetak dan menampalnya ditempat-tempat yang sesuai. Mudah-mudahan bantuan Tuan akan menerima ganjaran daripada Allah SWT.
 
Sebagai akhirnya, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya mewakili Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia dengan ini melancarkan PROGRAM KHATAN NUSANTARA ini untuk disambut oleh semua kelompok umat yang prihatin.
 
Al-Faqir Ilallah
 
Presiden PAPISMA
2010-2012
 

Monday 25 July 2011

RAYA DELIGHTS...

Salam rindu ramadhan..

saya melancarkan usaha perniagaan “ firdausi ent  ”

Penghantaran masih terhad di negeri perak, p.pinang,perlis dan kedah sahaja..

Order banyak dari negeri lain akan diconsiderkan penghantaran..
  

A. HAMPER RM120
1. Minuman Kordial Roselle
2. Homemade Chocolates  6 biji dalam gift box (Choc Grade A)
3. Buah Kurma 200 gram
4. Acar Buah
5. 4 jenis biskut raya (homemade)
6. Madu
7. Serunding
8. Kek Buah Kukus 300gram (homemade)
9. Pulut Kacau 100gram (homemade)




B. HAMPER RM100
1. Jus minuman
2. Kek Buah Kukus 200gram (homemade)
3. Homemade Chocolates 9 pcs dlm gift box (Choc grade A)
4. Best quality Kurma 200 gram
5. Acar Buah
6. 4 types of homemade raya cookies
7. Pulut Kacau 100 gram (homemade)
8. Serunding
9. Kicap




C. HAMPER RM70
1. Jus minuman
2. Kicap
3. Homemade Chocolates 6pcs in gift box (Choc grade A) 
4. Best quality Kurma 200 gram
5. Pulut Kacau 100gram
6. 2 types of homemade raya cookies
7. Kek Buah Kukus 200gram



D. HAMPER RM60
1. Jus Minuman
2. Kicap
3. Best quality Kurma 200 gram
4. Kek Buah Kukus 200gram (Homemade)
5. Homemade raya cookies (Bunga Cina)







E. HOMEMADE CHOC RM25 (13pcs)

F. 4TYPE COOKIES RM25 (8-10pcs for every type)

G. BISKUT BUNGA CINA RM16 (25-30pcs)

H. KEK BUAH KUKUS RM25 (600Gram)

I.KURMA GULUNG RM15 (15pcs)

J. SHORTBREAD RM23 (20-25pcs)

K. PULUT KACAU RM27 (500gram)

L. TWIN PACK COOKIES RM18(shortbread 10pcs+bunga cina 15pcs)

M. CREAMY POPIA ROLL RM12 (1 PACK=500gm), PROMOTION RM30 (3 PACKS=1.5kg)


       OR        
N. RAMADHAN GIFT PACK RM15

TART JEM FRUITTY RM17 (20-25PCS) ~ NO IMAGE

BUTTER/CHOCOLATE CHEESE CAKE RM22 ~ NO IMAGE

NOW OPEN FOR ORDERING…..
sebarang tempahan boleh hubungi
yan:013-4666245

Tuesday 21 June 2011

Tenang duhai sahabat...



" Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati,kecuali dengan izin Allah,sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya..." Ali 'Imran(3:145)

tepat jam 6.00 petang, satu mesage masuk ke dalam peti inbox "al-fatihah,sebentar tadi ayah ana telah pergi buat selama-lamanya,sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain juga". Terdiam sejenak dan terfikir. Allahuakhbar... Sesungguhnya Allah Maha Kuasa di atas setiap nyawa yang telah Dia pinjamkan dan Dia berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang Dia inginkan...tanpa kita dapat menegah walau sesaat atau ingin meminta lebih cepat dari masa yang telah ditetapkan..

Belum tentu pagi esok kita dapat melihat dunia ini semula...belum pasti kita dapat bersama insan yang kita cintai dan sayangi,cukupkah bekalan yang ingin kita bawa kesana untuk menemani kita di saat kita keseorangan tanpa ada sanak saudara,harta kakayaan yang menemani kita selama kita hidup di dunia yang fana ini...atau hanya dosa-dosa kita yang lalu..tanpa sempat kita mohon keampunan Sang Pencipta..

"Selepas bangun dari tidur,bersyukurlah kerana Allah telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan sekali lagi untuk kita sedar" Wasiat Imam Al- Ghazali

sedarlah duhai hati...jangan di kaburkan mata dengan harta dunia,janganlah di pekakkan telinga dari mendengar nasihat dan peringatan.janganlah di butakan mata hati dari melihat kebenaran... 

Al-fatihah buat ayah sahabat (Hafizuddin bin Bukhari),takziah buat beliau dan keluarga.moga diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian..Allah lebih mengetahui setiap rahsia dan hikmah di sebalik setiap kejadian...jangan bersedih.sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bersabar..

Thursday 9 June 2011

kaseh sahabat..

teman tersayang..
aku ingin kita seperti Abu Bakar S-Sidiq
persahabatan terjalin kerana Al-Khaliq
harta di korban bukan sedikit
cintakan kebenaran sanggup bersakit
serta tawakal Ibrahim yang mulia
ketika meninggalkan insan tercinta
di bumi tandus tanpa bicara
meyakini Allah sebagai penjaga
aku impikan antara kita seorang Umar
berdiri tatkala tunduknya manusia
bersuara tatkala diamnya mereka
menggerunkan musuh durjana
serta senyuman Syed Al-Qutb
ketika berdepan tali maut
aqidah mantap tidak teregut
roh dakwahnya tidak surut
aku ingin pusara kita harum mewangi
bagai harumnya pusara Masyitah,semerbak kasturi
aku ingin persahabatan indah ini 
bisa menjadi syafaat di mahkamah mahsyar nanti..

salam perjuangan buat yang KASEHkan SAHABATnya....